Munajatlah Wahai Hamba Allah s.w.t.....

Saturday, October 9, 2010

Apa Ertinya saya menganut ISLAM????


 : Apa ertinya saya menganut ISLAM.
A)     Saya Mestilah muslim dari sudut ‘Aqidah.
1.       Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun.(21: 22)
2.       Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang  Maha Mulia tidaklah menciptakan sesuatu yang ada secara sia2 tanpa ada apa2 tujuan. Kerana mustahil bagi sifat Allah yang Maha Sempurna itu untuk mencipta sesuatu yang sia2. Sangat mustahil kita sebagai hamba yang naif ini dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan dari Rasulullah SAW dan wahyu dariNYA. (23 : 115, 116)
3.       Saya mestilah beriman bahawa Allah telah mengutuskan Rasul2 dan di turunkan untuk mereka kitab2 yang jelas dengan tujuan untuk mengajar manusia supaya mengenali asal usul dan tempat kembali mereka. Saya juga mesti beriman bahawa rasul terakhir yang di utuskan adalah Nabi Muhammad SAW yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran sebagai salah satu mukjizat teragung. (16:36)
4.       Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan (lupa) adalah untuk mengenali Allah.
5.       Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada Allah adalah syurga dan balasan ke atas orang kafir adalah neraka.
6.       Saya mestilah beriman bahawa manusia yang melakukan kebaikan atau kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Walau apapun, kebaikan yang di lakukan tidak akan berlaku tanpa taufiq dan ‘inayah dari Allah, manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNYA.
(91, 7-10), (74 : 38)
7.       Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang2 itu adalah hak mutlak Allah SWT. Tidak harus mendahului atau membelakangi. Yang di bolehkan hanya ilmuan Islam/ ulama yang berijtihad mengeluarkan hukum2 dari nas2 syari’at dalam batas2 yang di izinkan. (42:10)
8.       Saya mestilah berusaha untuk mengetahui nama2 dan sifat2 Allah yang layak bagi kemuliaanNYA. Rasulullah bersabda, “ Allah SWT mempunyai 99 nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil ( tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil.” ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.)
9.       Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian2 Allah, bukan memikirkan tentang zatNYA.
10.   Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata2 dan tidak menyekutukanNYA dengan yang lain. (16 : 36)
11.   Saya juga mestilah takut hanya kepada Allah dan tidak kepada yang lain. Perasaan takut itu seharusnya membuatkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan2NYA. (24 : 52)       (67 : 12)
12.   Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNYA untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.     ( 13: 28) (43 : 36, 37)
13.   Saya juga WAJIB mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merindu dan terikat kepadaNYA dan mendorong saya menambah amalan2 kebaikan. (9: 24) Rasulullah bersabda, “ Barang siapa yang ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman. Pertama, jika ia mencintai Allah dan RasulNYA melebihi kasihnya kepada yang lain. Kedua, jika ia mencintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah. Ketiga, jika ia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.”
14.   Saya mestilah bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadaNYA. (65:3)
15.   Saya mestilah mensyukuri nikmat2NYA ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. (16 : 78) (36: 33,35) (14 : 7)
16.   Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kpd Allah. Istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping dapat memperbaharui taubat dan iman. ( 4:110     (3 : 135)
17.   Saya mesti sentiasa bermuraqabah ( merasai di bawah pengawasan) dengan Allah dalam apa keadaan pun, gelap atau terang, zahir atau tersembunyi dll. (58 : 7)


B)      Saya Mestilah muslim dari sudut ‘Ibadah. (51 : 56-58)
1.       Saya mestilah memastikan ibadah saya mempunyai hubungan dengan tuhan yang di sembah (ihsan). Rasullah pernah di tanya oleh Jibril tentang ihsan, lalu baginda menjawab:
“ Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNYA, jika engkau tidak melihatNYA (sekalipun), sebenarnya DIA melihat engkau.” (muttafaqun ‘alaih).
2.       Saya mestilah melakukan ibadah dengan khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan serta kemanisan malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya. Kekhusyukan inilah yang di syaratkan oleh Rasulullah SAW :
“ Berapa ramai orang yang megerjakan sembahyang, habuan yang diterimanya hanyalah penat dan letih. Dan berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga.” (Hadith riwayat Al-Nasa’i.)
3.       Saya mestilah ber’ibadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk pikuknya. Berkata ulama : Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya, bererti kamu telah keluar dari dunia.
4.       Saya mestilah ber’ibadah dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Saya mestilah menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan2 sunat.
5.       Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadah qiyamullail serta melatih diri melakukannya sehingga menjadi satu kebiasaan. (73:6) (51:17-18).
6.       Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha. (17:78) (59:21)
7.       Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi ibadah. Allah berfirman, “ Mintalah kepadaKU, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu.”

C)      Saya mestilah Muslim dari sudut Akhlaq. (22:41) (2:177)
~ Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah kepada keimanan. Adalah tidak beriman seseorang yang tidak berakhlak. Rasulullah bersabda,
“ Bukanlah iman itu hanya cita2 tetapi ia adalah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan di buktikan dengan amalan.” (Hadith riwayat Al Dailami).
Rasulullah pernah di tanya tentang apa itu agama, baginda menjawab, kemuliaan akhlaq (Husnul Khalq). Dan bila di tanya apa itu kejahatan, baginda menjawab, akhlaq yang buruk (Su’ul Khalaq). (29:45)
Sabda baginda, “ Sesiapa yang sembahyang tetapi tidak dapat mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah.” (Hadith riwayat Thabrani.)

Ciri2 akhlak seorang muslim antaranya:
1.       Bersifat warak daripada melakukan perkara2 syubhat. Syubhat ialah perkara yang samar2 antara halal atau haram. Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat warak adalah sebagaimana sabda baginda, “ Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi dia meninggalkannya) kerana sikap berhati2 dari terjerumus ke dalam kesalahan.”
2.       Memelihara pandangan/penglihatan. (24:30). Baginda bersabda, “ Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu dan menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menjelikkan wajah kamu. (Hadith riwayat Thabrani.)
3.       Memelihara Lidah. Tidak menuturkan kata2 yang tidak berfaedah, perbualan2 yang buruk dan kotor, percakapan2 yang kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Baginda bersabda, “ Tidaklah di humban muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya.” (Hadith riwayat Al Tarmizi). “ Bukanlah ia seoarang mukmin (jika) ia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” ( Hadith riwayat Al Tarmizi). “ Sesiapa yang banyak bercakap, banyaklah kesalahannya. Sesiapa yang banyak kesalahannya, banyaklah dosanya. Dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah yang layak baginya.      ( Hadith riwayat Al-Baihaqi).
4.       Bersifat Pemalu. Baginda bersabda, “ Iman itu mempunyai 70 atau 60 cabang. Maka yang paling utama ialah ucapan, Lailahaillallah dan yang paling rendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan sifat malu adalah salah satu daripada cabang iman.” (Hadith riwayat Al Baihaqi).
5.       Bersifat lemah lembut dan sabar.
(42:43) (15:85) (39:10) (24:22) (25:63)
6.       Bersifat benar dan jujur.
7.       Bersifat rendah diri. Baginda bersabda, “ Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takabbur.” (Hadith riwayat Muslim.)
8.       Menjauhi sangka buruk dan mengumpat. (49:12) (33:58)
Baginda bersabda, “ Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang2 Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang megintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun dia berada di dalam rumah.”  (Hadith riwayat Abu Daud).
9.       Bersifat pemurah. (8:3) (2:272)
10.   Qudwah Hasanah. (suri teladan yang baik.)
Seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai dari segi akhlak dan adab2nya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. J

D)     Saya mestilah bersifat Muslim terhadap keluarga saya.
Sebenarnya apabila saya telah menganut Islam, saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala ketetapan dalam agama yang syumul ini. Maka, apabila anutan terhadap saya mewajibkan saya menjadi muslim di dalam sudut kejiwaan, ‘aqidah, ‘ibadah dan akhlaq, maka kewajiban yang sama menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang hidup di dalamnya sebagai masyarakat muslim. Adalah tidak memadai saya menjadi muslim seorang diri, sedangkan orang2 di sekeliling saya tidak di hiraukan. (26 : 213,215) (66:6)

Tanggungjawab Sebelum berumahtangga.

·         Saya mestilah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah, yakni untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan yang mulia, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta pelaksanaan hidayah Allah ini secara berterusan.
·         Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan, memelihara kemaluan dan kehormatan serta bertaqwa kepada Allah. Rasulullah pernah bersabda, “ Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka, iaitu orang yang berjihad pd jalanNYA, hamba mukatib (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayarannya dan orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya.”  (Hadith riwayat Al-Tarmizi)
·         Saya mestilah memilih bakal isteri / suami yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan. J
·         Saya mestilah memilih wanita/lelaki yang baik akhlaq dan pegangan agamanya sekalipun ia tidak mempunyai harta kekayaan dan kecantikan.

             Tanggungjawab selepas berumahtangga.
·         Saya mestilah berlaku baik terhadap isteri/suami saya dan memuliakannya dalam hubungan mu’malah untuk membina jambatan saling mempercayai.
·         Hubungan suami isteri mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama2 membaca, menunaikan sebahagian dari ‘ibadat bersama2, mengatur urusan rumahtangga bersama dan meluangkan waktu untuk bergurau senda dan bermanja.
·         Hubungan saya dengan pasangan saya mestilah tidak keluar dari batas2 syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal2 yang haram.
       Tanggungjawab bersama dalam mendidik anak2.
·         Baginda Rasulullah pernah bersabda, “ Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya), maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (muttafaqun ‘alaih.)

E)      Saya Mestilah dapat menguasai diri.
Di dalam kehidupan ini, insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya dia menang, dan adakalanya dia kecundang atau dia tetap dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya. (91:7-10). Dalam pertarungan menghadapi nafsu, manusia terbahagi kepada 3 golongan.
i)     Golongan yang tunduk kepada hawa nafsu. Mereka ini hidup dalam keseronokan dunia dan ingin hidup berkekalan di dunia. Mereka adalah orang-orang kafir dan yang megikut jejak mereka. (45:23)
ii)    Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya. Dalam menentang hawa nafsunya, adakala golongan ini menang, dan adakala mereka kecundang. Namun, apabila mereka terlibat dalam kesalahan, mereka segera bertaubat. Begitu juga bila mereka bermaksiat, mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunan dari Allah. (3:135)
Sendi-sendi kekuatan dalam memerangi NAFSU.
i)     Hati : Hati akan menjadi benteng yang kuat dan ampuh dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih dan cekal. Seperti pesan Sayyidina ‘Ali : Hati-hati yang paling di sukai oleh Allah SWT adalah hati2 yang lembut, bersih dan cekal. Cekal dalam perjuangan agama, bersih dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara2 mu’minnya. (8:2)
ii)    ‘Aqal : ‘Aqal adalah ciptaan Allah yang dapat melihat, mempunyai daya untuk memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu2nya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan dirinya dengan Allah. Oleh kerana tingginya nilai ‘aqal ini, maka Islam menganjurkan agar ‘aqal diisi dengan ilmu dan ma’rifah serta mendalami segala urusan agama agar dengan ilmu2 itu ‘aqal menjadikannya sebagai sebab-akibat yang memandu segala tindakan, membezakan di antara yang buruk dengan yang baik, yang haq dan yang batil.
Cara2 menghalang godaan Syaitan.
Pertama : Tamak dan buruk sangka, maka hadapi dengan sifat menaruh kepercayan dan berpada dengan apa yang ada.
Kedua : Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, hadapi dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.
Ketiga : Cintakan kerehatan dan kemewahan, hadapi dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang, tidak berpanjangan dan balasan buruk pasti akan menanti.
Keempat : Kagum terhadap diri sendiri (‘ujub), hadapi dengan rasa terhutang budi kepada Allah.
Kelima : Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, hadapi dengan mengenali hak2 mereka serta hormati mereka secara wajar.
Keenam : Hasad dengki, hadapi dengan sifat berpada (qana’ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.
Ketujuh : Riya’ dan sukakan pujian orang, hadapi dengan ikhlas.
Kelapan : Bakhil (kedekut), hadapi dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal hanyalah milik Allah dan berada di sisiNYA.
Kesembilan : Takabbur (membesarkan diri), hadapi dengan rasa tawadhuk.
Kesepuluh : Tamak haloba, hadapi dengan mempercayai ganjaran yang disediakan Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada pada sisi manusia.
Kubu pertahanan mengelak dan menghadapi tipu daya syaitan.
1.    Selalu ingat Allah apabila melakukan setiap pekerjaan. Baca doa atau sekurang2nya “Bismillahirrahman nirrahim”.
2.    Jangan terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal. (7:31). Rasulullah juga ada bersabda, “ Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan.” (Hadith riwayat Ahmad).
3.    Membaca Al-Quran, berzikir dan memohon keampunan.
4.    Tidak tergopoh-gapah dalam sebarang pekerjaan. (7:201)
 

No comments:

Post a Comment