Munajatlah Wahai Hamba Allah s.w.t.....

Sunday, October 10, 2010

nUrKiLaN pUiSi & AnToLoGi SaStErA...(Untuk Satapan Shj.)

 Selamat Datang ke Galeri Nurkilan Puisi & Antalogi Sastera!
(Utk Santapan Shj)

Sastera adalah salah satu aliran tatabahasa yang unggul dan merupakan tunjang utama dalam bahasa jiwa bangsa. Hidup dengan penggunaan bahasa yang penuh dengan antalogi dan imaginasi separa-sedar amatlh baik untuk anda kerana ia merangsangkan minda sekaligus menenangkan jiwa dan pemikiran semakin luas dalam kesedaran yang tertulis baik tersurat mahupun tersirat dalam kehidupan manusia. Banyakkan membaca lalu cuba bina puisi dan sajak anda sendiri. Perbanyakkan mengambil bahasa silam dan cari maknanya lalu cuba kaitkannya dengan keserasian sajak atau puisi anda. Insya-Allah anda akan berjaya dan anda pasti menghargai dunia kesenian. Ingat, seni itu adalah salah satu perkara yang telah termaktub dalam agama Islam. Sebagai contoh, keindahan masjid, tulisan jawi, tutur dalam membaca al-Quran dan sebagainya....Semoga berjaya!!!! Puisi2 ini dituju khas kepada semua muslimin dan muslimah sekalian. Assalamuaikum dan semoga otai-otai selalu....





Di Pantaian Sepi Ini


Di pantaian sepi ini

Masih ku ingat tatkala itu

Kau kutip setangkai ranting kecil

Terbawa dek ombak rindu

Yang menerjah gigi pantai

Lalu kau ukir cinta kita

Bermadah di desiran pasir

……………………………………………...

Masih ku gambarkan saat berlalu

Begitu pantas dan berlari

Seperti mengejar burung merpati

Terbang di awanan putih

Kau tersenyum mesra

Memandang ku penuh tanda tanya

Kau pegang

Ku genggam

Kita  gapai

Setiap untaian kalimah cinta
  
Menyimpul erat dua hala

Antara kau dan aku

……………………………………………………...



Namun berlalu sudah

Jadilah ia kenangan lama

Nostalgia pengamit rasa

Usah khuatir

Kerana akan datang saatnya

Kita bertemu kembali

Di alam selepas ini

Insya-Allah ia pasti….



Karya: Robinson Abit@Isa Abdul Hafiz Awang Abdullah
Tulisan Alam…


Sudah terkabul katanya
Muktamad bisiknya
Noktah titik dan akhir
Benarkah katamu cinta?
Itulah prasangka
Arusan deras indahnya kata
Ragu membisu buta
Dahaga fitrah manusia

Adakalanya berbicara
Peristiwa itu berulang segar
Halusan kata kalimah
Khusyuk mendengar khayal cipta
Wajah bertopeng binatang purba
Bermadah sutera demi matlamatnya

Hidup tertulis begini
Begitu dan demikian
Sebelum menyusuri hening waktu
Memulakan tinta bicara
Kerana cinta bukan insan
Ia tulisan alam sejak azali

Ku kutip ayat ini
Ku titip di sanubari
Benarkah  misteri?
Apakah permainan dusta?
Sebuah sandiwara fitrah
Entah
Jangan ditanya
Diam
Aku  terus membisu….



Karya: Robinson Abit @Isa Abdul Hafiz Awang Abdullah


Yang Terampas dan Yang Terluka

Kelam dan pawana memetangkan aku
Mengigil juga jalan dimana engkau yang ku dambakan
Malam kian sayu dan rimba terkaku tugu
Di kampung sampai rupanya deru kemarau

Aku termenung dalam singgahsana, dalam diriku jika engkau hadir
Lalu ku sempat lagi lepaskan ceritera baru padamu
Namun kini Cuma tangan yang bergerak lancar
Tubuhku membatu dan sendiri,  dan kejadian berlalu beku


                                                                                             Karya:Robinson_IsaAbdulHafiz


Potret Laura El Liasa


Denai senja melabuh benak
Lalu tersungkur perawan
Rapuh di rantingan luluh
Menyembah bumi fana
Mencium tanah terbentang

Manusia di kota itu
Melihatnya bengis
Meludahi cebis-cebis kepapaan
Rumpun paradigma hidup
Seorang insan anak Hawa
Kehilangan bunda ayahanda
Tinggal sebatang kara

Sesak
Mengurut-urut dada manisnya
Lalu rebah terpejam deria
Pupus di tengah jalan kota
Dimana manusia tiada perimanusia
Dibiarkan kasihan



Leluhur sinis itu
Namanya Laura El Liasa
Mengerut bibir memandang tajam
Untuk santapan kaum durjana
Di kota binasa
Bahasa indah hipokrit semata
Durjana politik mereka


                                                                                                          Karya_IsaAbdulHafiz.network



Tinta Bicara Itu Sekadar Falsampah

Tinta bicara itu sekadar falsampah
Definisi yang Kosong sifar  bagiku
Apa etiologinya bermadah kata?
Berhenti!
Jangan sekali-kali diulang kembali

Terbuka hijabmu
Alangkah warna gagak
Tahu kini semuanya sandiwara
Lakonan artis-artis sebinatang sekepala
Terserahlah  dan pasrah
Redha sampai pangkal

Lebih indah hati para pelacur kota
Mekar  bugar di Kuching sentosa
meski menyendiri dari dunia beragama
namun hati mereka
berharap semoga-moga takdirnya berundur waktu
tersalah langkah bakal berpatah arah
tersalah bahasa binasa sudah
berkecai bergema gemerlapan
terasa di sudut yang kian hilang


ceritera tamat
tutup serapat-rapat tirai wayang ini
sepi muncul menyusul


Karya: Robinson_IsaAbdulHafiz
Untukmu Palestin

 

…..Salju…..

Waktu itu kembali menyepi
Menyendiri di pinggiran maya
Redahan senja idopatik
Seguggus leluhur melentur
Menuai ombak luruh
Pada pantai aku teriak
Pada laut berbisik sudah
Memburu nostalgia lama
Bagi hati yang hilang

Sesaat terhenti lesu
Berdiri aku terkesima
Sesimpul pawana hinggap sakti
Terbentak sesipu malu
Gemerlap salju laskar pelangi
Bemain di sungai hidup
Air  mengalir berpesta kegirangan
Tebing curam menyapa rumpun
Pantas gentaran melodi hati
Berlagu merdu laksana pungguk

Salju mendingin itu
Leraikan hitamku
Bangun dari tidur basah
Pergi dan berlarilah
Duhai mimpi digauli ngeri
Mungkinkah ini
Tiba saatnya pelepahan gugur
Dari pohon takdir
Sebuah pertemuan
Yang tertulis sejak azali…..


“Akan ku bentukkan rupamu seperti rupaku, bentukkanlah hatiku seperti hatimu”
Dari: Paul Nangang
Penulis Terbilang Sarawak
Karya: Robinson Abit@Isa Abdul Hafiz



Sebelum Suria


Kuak-kuak air masih merintih
Berdesir perdu kasih
Gersang pada pusarannya
Dan sebisik sulaman kata
Memusatkan sebuah ceritera
Menutur satu- dan satu bahasa

Sebelum suria kian berbalam
Musim simpur berbunga
Keredupan matamu
Mencekup pancaindera
Mutiara perilakumu
Bak permata mengerdip
Disimbahi senja jingga
Terpesona seketika
Sekian kalinya

Celahan spektrum cinta
Membuka tirai romantika
Lalu dadaku sesak
Dipenuhi angin semilir
Dari lontaran senyum bibirmu
Dengan petikan rindu itu
Mencacakkan kembali seri langit
Sinari rimba harapan




Sajak ini adalah ciptaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia….
Hak Cipta Terpelihara
Robinson Abit @ Isa Abdul Hafiz Awang Abdullah



No comments:

Post a Comment