Munajatlah Wahai Hamba Allah s.w.t.....

Saturday, October 9, 2010


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW.
Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata2ku dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti hati sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah SWT telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yng melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 yang besar, maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita2 kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.
Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh2 kata2ku ini, sembahlah Allah SWT, dirikan lah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah SWT pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali2 terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata2ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama2nya. Itulah Al-Quran dan Sunnah perjalananku.
Hendaklah orang2 yang mendengarkan ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata2ku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba2MU.
( Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.) 

No comments:

Post a Comment