Munajatlah Wahai Hamba Allah s.w.t.....

Saturday, October 9, 2010

Tawaran Terbuka Kepada Muslimin Muslimat


TEMUDUGA TERTUTUP.
( Berminat??)
Empat Ganjaran Lumayan Menanti Anda :
1.   Nikmat Kubur.
2.   Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3.   Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4.   Syurga yang penuh Kenikmatan dan Kekal Abadi.

Lokasi Temuduga :
Di dalam Kubur. ( Alam Barzakh.)

Kelayakan :
·        Tidak perlu bawa Sijil-sijil.
·        Tidak perlu Pingat.
·        Tidak perlu bawa Wang atau Harta.
·        Tidak perlu berparas rupa cantik, hensem, berbadan tegap atau seksi.
P/S: Sila bawa dokumen asal, “IMAN” dan “AMAL”.

Panel Penemuduga :
Mungkar dan Nakir. ( BERTAULIAH!!)

Enam Soalan Mudah Yang Akan Di Tanya. ( Di sertakan sekali Jawapannya.) :
1.   Siapa TUHAN Anda? ( ALLAH S.W.T)
2.   Apa AGAMA Anda? ( ISLAM. )
3.   Siapa NABI Anda? (MUHAMMAD S.A.W)
4.   Apa KITAB Anda? (AL-QURANUL KARIM)
5.   Di mana KIBLAT Anda? (KA’ABAH)
6.   Siapa SAUDARA Anda? (MUSLIMIN DAN MUSLIMAT)
* Anda tidak perlu menghafal jawapannya. Panel Penemuduga Kami akan semak ‘resume’ IMAN anda.


Cara Memohon :
Anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa dan di mana pun jua tanpa mengira privacy anda. (Mungkin juga sebentar lagi.) Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis dan kasar kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama IZRAIL.
*Mudah saja kan? Jadi,silalah bersiap sedia.

No comments:

Post a Comment