Munajatlah Wahai Hamba Allah s.w.t.....

Sunday, October 10, 2010

Bagaimana Sekiranya sudah terlanjur?


Coretan insan bergelar WanWMA.
Insan ini member namanya sebagai WanWMA. Dia bertanya apa yang harus dia lakukan sekiranya dia telah terlanjur. Apakah harus baginya memberitahu itu pada bakal suaminya ataupun tidak? Inilah jawapan dari meja penulis.
Top of Form
Bottom of Form
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sejak kebelakangan ini saya menerima banyak soalan daripada para pembaca, namun saya masih belum berkesempatan untuk menjawabnya. Bukanlah perkara yang susah sangat untuk menjawab soalan pembaca, tetapi adalah susah untuk menjawab dengan berhemah dan menepati kehendak penanya. Dalam kes2 seperti soalan di bawah saya biasanya merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman seperti ustaz yang lebih tahu tentang soal agama dan sebagainya. Buat masa ini saya masih belum sempat berjumpa dengan ustz terrsebut. Walaupun telah ada jawapan tersendiri, saya tangguhkan terlebih dahulu kerana khuatir pandangan itu tiada fakta yang tepat.
Sementara menunggu, bolehkah saya meminta pandangan dari anda semua untuk memberikan sedikit pandangan dan nasihat buat rakan kita ni. Berilah pandangan dan nasihat yang baik, jangan sekadar suka2 dan ada unsur sindir-menyindir. Hormati dan jagalah perasaan rakan kita yang sedang berada dalam kegelisahan ni…baik, soalannya adalah seperti di bawah:
“Assalamualaikum wan, saya dah baca banyak artikel serta motivasi yang dilengkapkan dalam blog wan. saya mendapatkan blog ini daripada kenalan saya. Berbalik pada tujuan sebenar saya. Begini, saya sebenarnya gadis berumur 21 tahun. dan telah kehilangan dara masa saya berumur 19 tahun…sampai sekarang saya masih lagi dgn pakwa saya. Kami memang merancang untuk bernikah. Tapi ada sedikit halangan daripada parents saya. Saya betul-betul sedih sekarang ni. macam-macam yang saya fikirkan. Fikirkan keadaan saya yang dah kehilangan dara ni.
Saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan wan.  Jika saya ditakdirkan berjumpa dengan lelaki lain,adakah patut saya maklumkan pada dia yang saya sudah tiada dara lagi? atau adakah saya patut diamkan saja? jika saya diam, adakah lelaki(suami) akan tahu saya sudah hilang dara pada malam pertama kitorang? Saya buntu sangat. walaupun saya sering berdoa pada tuhan namun saya masih ingin mendapatkan pertolongan daripada orang lain yang dapat membantu. Saya rasa tuhan ketemukan saya dengan awak untuk saya mendapatkan pandangan dan nasihat. Saya harap awk sudi bantu saya. Terima Kasih”


Jawapan Dari Saya:
Dan barang siapa diantara orang2 yang menghinamu, maka sesungguhnya mereka sekiranya pada Tuhan Yang Maha Mengetahui adalah lebih berdosa darimu, maka tiada hak ke atas mereka menghukummu. padahal pada sisi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, masih terbuka buatmu pintu keampunan dan rahmat sebelum terbitnya matahari yang berpaksi dari sebelumnya. Bertakwalah maka engkau adalah dari orang2 yang untung, dan ketahuilah sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik menerima taubat. Lalu katakanlah kepada orang yang engkau ingin katakan, sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah. Aku diberikan al-Quran namun dahulunya aku tidak mengamalkannya. Dan demi kemuliaan Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya aku adalah dari orang2 yang merugi sebelumnya, yang meniadakan hukum dan berbuat maksiat lalu sesungguhnya nafsu itu lebih bahaya dari mati dan kini pada Zu al-Jalal wa al-Ikram lah aku memohon keampunan. Maka sekiranya engkau mengampunkan aku, dan menerimaku, maka ketahuilah sesungguhnya tiada lain melainkan rahmat Allah disisimu. Maha Suci Allah dengan membersihkan aku kembali, Maha Suci Allah yang memberikan petunjuk buatku, dan Maha Suci Allah kerana tidak menghilangkan al-Quran sebagai nurku. Dan apabila engkau meninggalkan aku (yakni dengan memutuskan tali pernikahan), maka ingatlah, sesungguhnya Allahlah pendampingku. Dia mengajarkan aku dengan pena dan Maha Besarlah Dia dari makhluk-Nya. Dialah Allah Yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Menyesatkan. Maka kepada-Nya lah aku bersujud dan memohon keampunan….
Wallahualam….

No comments:

Post a Comment